KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengucapkan selamat ulang tahun ke-95 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kesempatan menyampaikan ucapan itu dibuat selepas beliau menjelaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) hari pertama persidangan Dewan Rakyat dalam suasana negara masih lagi berhadapan dengan wabak Covid-19.
Sidang hari ini menyaksikan beberapa prosedur baharu diperkenalkan termasuk penjarakan sosial di mana ada kalangan ahli-ahli Parlimen terpaksa dialih tempat duduk ke galeri awam dan juga tempat duduk pegawai.
Selain itu, kehadiran para pegawai yang bertanggungjawab membantu menyediakan jawapan untuk soalan-soalan tambahan juga dihadkan.
Media pula tidak dibenarkan berada di lobi Parlimen sebaliknya mereka hanya boleh membuat liputan dari bilik media.
Mohamad Arff turut mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya sentiasa memakai pelitup muka kecuali ketika bertanyakan soalan dan berbahas. – MalaysiaGazette
Respek TUN