Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) disentuh dalam mesyuarat Pra- Persidangan Parlimen di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebentar tadi, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Walaubagaimanapun menurut Ahli Parlimen Sembrong, belum ada keputusan yang dicapai. “Perkara itu disentuh, dimaklumkan oleh Presiden tetapi masih lagi belum ada kata putus.
Baik tanya pucuk pimpinan parti dahulu,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat. Mengulas lanjut Hishamuddin memaklumkan mesyuarat yang berlangsung sebentar tadi berkisar tentang persiapan menjelang persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung esok buat pertama kalinya selepas Perikatan Nasional menjadi kerajaan menggantikan Pakatan Harapan.