Perbicaraan kes rasuah pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor akan bersambung hari ini sekitar jam 9.30 pagi ini.
Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini sedang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.