CALIFORNIA – Satu mayat yang ditemui di dalam sebuah tasik di sini disahkan milik bintang Glee, Naya Rivera.
Rivera, hilang pada hari Rabu lalu selepas menaiki bot bersama-sama anak lelakinya di Tasik Piru.
Kanak-kanak itu hanya ditemui seorang diri dan tidur di dalam bot berkenaan.
Para penyelam dan kumpulan penyelamat yang menggunakan perkakasan sonar, menemui mayat itu.
Dalam sidang media di tasik tersebut, polis daerah Ventura yakin mayat yang ditemui itu adalah Rivera.
Setakat ini polis tidak ada petunjuk sama ada penemuan mayat itu ada kaitan dengan jenayah atau bunuh diri.
Anak Rivera berkata, dia telah berenang bersama ibunya tetapi Rivera tidak naik ke bot semula.
Polis berkata, ibunya “hilang di bawah air”. – MalaysiaGazette