Kerosakan 34.6 peratus kapal dan bot yang terlibat dalam Aktiviti Kawalan Keselamatan dan Penguatkuasaan Zon Maritim Malaysia menyebabkan kecekapan dan keberkesanan operasi terjejas.
Menurut Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, sebanyak 11.7 peratus kapal dan bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) tidak dibuat penyenggaraan kerana kekurangan peruntukan