Perbicaraan kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor yang masuk hari ke-16 hari ini dijangka akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran saksi pendakwaan iaitu Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Rosmah yang merupakan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini sedang berdepan dengan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Saidi bagi dan pemasangan tenaga solar.