BAPA ‘Rogol dan Lacur’ Anak Kandung | EDISI MG 14 Julai 2020

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Itulah nasib seorang lelaki yang lari menyembunyikan diri namun berjaya ditahan polis ekoran kejadian merogol dan melacur anak sendiri.

Lelaki berkenaan yang merupakan suspek utama diburu polis kerana didakwa merogol anak kandungnya berusia 13 tahun dan menjadikannya sebagai pemuas nafsu serta melacurkannya kepada warga asing ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.