Home Ekonomi Industri penerbangan dijangka pulih dalam masa lebih 2 tahun

Industri penerbangan dijangka pulih dalam masa lebih 2 tahun

CHICAGO  – Delta Air Lines menjangkakan perolehan suku ketiga dan kapasiti penerbangannya akan berada pada paras 20 peratus hingga 25 peratus berbanding musim panas yang lalu.

Permintaan pula tidak berganjak disebabkan lonjakan kes-kes Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ed Bastian berkata, industri penerbangan dijangka pulih dalam tempoh lebih dua tahun lagi.

Katanya, permintaan perniagaan jauh ketinggalan sebanyak 12 hingga 18 bulan apabila syarikat-syarikat menunggu penghasilan vaksin Covid-19 sebelum mereka berani mengarahkan para pekerja untuk keluar.

Tambahan pula menurut Bastian, persidangan video kadangkala lebih efisyen.

Namun begitu, ia tidak bermakna perjalanan untuk perniagaan akan terhapus sama sekali tetapi beliau melihat volum 2019 tidak akan kembali seperti biasa.

“Jumlah purata perjalanan yang biasa diambil oleh ahli perniagaan atau pekerja syarikat pastinya turun ke paras yang lebih rendah,” katanya kepada penganalisis.- MalaysiaGazette