Bercampur baur. Ada seronok dan tidak kurang juga ada yang bersedih atau belum bersedia untuk ke sekolah, adalah antara reaksi murid sekolah rendah apabila sesi persekolahan yang tertangguh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan mula dibuka hari ini secara berperingkat untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6.
Bagaimanapun, tinjauan Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 6 Shah Alam pagi ini melihat keceriaan jelas terbayang pada wajah murid setelah empat bulan tidak bertemu dengan kawan-kawan di sekolah.
Walaupun masih muda, mereka peka akan SOP yang perlu dipatuhi. Semoga tuhan permudahkan urusan mereka dalam menuntut ilmu.