Home Nasional Tuntutan palsu: SPRM cari Muhammad Aminullah, Mohd Azmeer

Tuntutan palsu: SPRM cari Muhammad Aminullah, Mohd Azmeer

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan melibatkan kes tuntutan palsu.

Lelaki pertama, Muhammad Aminullah Hashim, 36, mempunyai dua alamat terakhir di No.45, Taman Desa Murni, 06000, Jitra, Kedah dan No.21, Taman Suria Berjaya 05400, Alor Setar, Kedah.

Manakala lelaki kedua, Mohd Azmeer Abdul Manan, 28, juga mempunyai dua alamat terakhir di 110, Batu 8, Solok Pengkalan Lanjot, 76400, Melaka dan 8668, Jalan Bukit Rambai, Batang Tiga, Melaka.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Penguasa Samsol Akmal Bakar di talian 017-734 1054/ 07-231 6131 atau e-mel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette