KUALA LUMPUR – Setakat jam 10 pagi tadi, sebanyak 223 kawasan telah pulih sepenuhnya, manakala 67 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.
Secara keseluruhan, 77% daripada kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air yang berjadual ini telah pulih sepenuhnya.
Kawasan yang 100% pulih ialah Kuala Langat, Gombak dan Kuala Lumpur.
Manakala Petaling 89%, Klang dan Shah Alam pula 62%.
Gangguan air sejak 14 Julai lalu disebabkan henti tugas sementara di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3. – MalaysiaGazette