Home Seni Hidup Gelagat Ahli Parlimen jadi contoh untuk anak cucu

Gelagat Ahli Parlimen jadi contoh untuk anak cucu

Foto Instagram Bront Palarae.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit filem Bront Palare menegur Ahli Parlimen bahawa tingkah laku mereka di Dewan Rakyat bukan sahaja disaksikan masyarakat dunia, malah akan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Kenyataan itu dibuat selepas sidang Dewan Rakyat pada Isnin lalu menyaksikan berlaku kekecohan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen gara-gara kenyataan “gelap, pakai bedak.”

“Bapak menteri dan Yang Berhormat (YB) sekalian. Mohon beringat, sekarang dunia Internet.

“Apa saja yang anda tunjukkan dalam sesi Parlimen, bukan saja menjadi contoh dan teladan buat anak cucu.

Bront berkata, kegagalan mengawal perbuatan tersebut akan menyebabkan imej agama dan bangsa terjejas.

“Imej-maruah agama, bangsa dan negara di tangan anda,” ciapnya lagi.

Pada 13 Julai lalu, Dewan Rakyat menjadi kecoh selepas Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah dengan berkata “gelap, tak nampak” semasa Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) sedang berbahas. – MalaysiaGazette