Home Politik Gelar menteri sebagai Doraemon, Hanipa kena gasak

Gelar menteri sebagai Doraemon, Hanipa kena gasak

Mohamed Hanipa Maidin SOSMA Najib Razak Dewan Rakyat Parliament
The Member of Parliament of Sepang, Mohamed Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR – Gara-gara menggelarkan seorang menteri sebagai ‘Doraemon’ – Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menjadi sasaran hingga mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan itu dibuat Hanipa (PH-Sepang) ketika membahaskan usul titah diraja sebelum Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) bangun mencelah.

Abdul Azeez membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 yang meminta Hanipa supaya menarik balik penggunaan istilah itu.

“Dia gelar menteri kami Doraemon. Saya minta Sepang tarik balik,” kata Azeez.

Beliau membacakan peraturan mesyuarat itu setelah diminta Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun.

Terdahulu, Hanipa menyentuh isu pandemik Covid-19 dalam perbahasannya.

Beliau kemudiannya menarik perhatian dewan apabila mengaitkan karakter seorang menteri dengan watak kartun popular Jepun itu menyebabkan perbahasannya acap kali diganggu.

Ketika didesak beberapa ahli Parlimen kerajaan supaya beliau menarik balik penggunaan istilah itu, Hanipa enggan berbuat demikian.

Beliau juga enggan melayan atau memberi laluan malah mempertahankan apa yang dikatakan itu sebagai istilah yang diketahui umum.

“Saya bukan tuduh (menteri itu), saya hanya menyebut apa yang dikatakan dalam media,” ujarnya.

Keadaan itu mencetuskan ‘perang mulut’ antara Hanipa, Azeez, Datuk Ahmad Jazlan (BN-Machang) dan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) sehingga Dewan menjadi kecoh.

Azhar kemudian menegur Hanipa supaya penggunaan istilah itu dielak dan mengarahkan beliau menarik semula apa disebut dan dipatuhi pemimpin Parti Amanah Nasional itu.

Hanipa memulakan perbahasan dengan menggunakan beberapa istilah seperti ‘kerajaan tebuk atap’ hingga membangkitkan kemarahan Ahli Parlimen kerajaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. hanipah maidin ini kalau berbahas mesti selalu buat orang sakit hati, dah la bahas tunggang langang
    orang tanya lain dia jawab lain..
    macam mana la orang sepang boleh pilih dia ni?
    aduhhh

Comments are closed.