BUENOS AIRES – Argentina mengesahkan kes Covid-19 di enam kilang pembungkusanĀ daging, menurut Carlos Alberto Paz, Ketua Badan Keselamatan Makanan.
Susulan itu negara ini menghentikan sementara eksportnya ke China.
Paz berkata, China, pembeli utama eksport daging lembu Argentina, telah meminta negara itu untuk menjamin bahawa produk tersebut selamat di tengah-tengah peningkatan pengawasan terhadap jangkitan dalam industri daging.
Menurut Kementerian Penternakan Argentina, sebanyak 76% daripada 328.170 tan daging lembu yang dihantar dari negara itu antara Januari dan Mei dieksport keĀ China.
Pada tahun 2019, Argentina mengeksport hampir 634,000 tan daging lembu ke China. – MalaysiaGazette