Home Politik Pertukaran kerajaan PH kepada PN sesuatu yang luar biasa

Pertukaran kerajaan PH kepada PN sesuatu yang luar biasa

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PH) adalah sesuatu luar biasa dan amat memeranjatkan rakyat.

Ini kerana, sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat boleh runtuh dalam masa tidak sampai dua tahun atau lebih tepat lagi 22 bulan, kata Ahli Parlimen (Kinabatangan-BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Katanya, beliau tidak pernah membayangkan PH akan tumbang dan semua itu berlaku kerana kerajaan itu gagal melaksanakan segala janji yang ditabur pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“UMNO tidak bertanggungjawab atas kejatuhan PH namun, ia berlaku kerana Ahli Parlimen (Langkawi-Bebas), Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu.

“Saya sendiri pun tidak pernah jangka tetapi beginilah akibatnya kerajaan dipilih oleh rakyat atas dasar janji-janji dan kata-kata manis tetapi tidak menunaikannya. Berikutan itu rakyat meminta mereka dibubarkan dan akhirnya PH dijatuhkan oleh PH sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Bung Moktar lagi, rakyat akan mengalami situasi sukar dan lebih menderita jika Parlimen dibubarkan untuk membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan, lebih-lebih lagi negara kini sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu kata beliau, semua Ahli Parlimen, Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan PN perlu melakukan yang terbaik bagi memastikan nasib rakyat lebih terbela dan diutamakan.

Katanya, jika kerajaan PN dapat melakukan yang terbaik maka beliau percaya kerajaan hari ini akan terus menjadi pilihan utama rakyat pada dalam PRU-15 nanti. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yang di atas kita ni jangan lupa bahawa dialah Yang Maha Esa Berkuasa Mengetahui Berkehendak Sesuatu. Maka Ia Berkata Sesuatu Maka Kata Jadi Maka Jadilah Ia. Jadi, ini adalah kehendaknya. Manusia ini hanya sebagai pelakunya sahaja. Apa yang berlaku sekarang ini semua kehendaknya Qadak dan Qadar. Kita sebagai insan Islam.

Comments are closed.