Home Ekonomi Harga minyak stabil

Harga minyak stabil

Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak tidak berubah dalam dagangan hari ini berikutan tidak ketentuan dalam pemulihan permintaan minyak akibat lonjakan kes Covid-19 di beberapa negara sebaik sahaja pengeluar-pengeluar minyak mula melonggarkan pengeluaran bahan bakar.

West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.01 kepada AS$40.76 setong pada 0204 GMT manakala Brent stabil pada harga AS$43.37 setong.

Pada hari Khamis, Amerika Syarikat (AS) melaporkan sebanyak 75,000 kes jangkitan baharu Covid-19, lonjakan terbaharu dalam tempoh sehari.

Sepanyol, India dan Australia pula juga mencatatkan kenaikan ketara selepas lebih dua bulan.

Brazil pula melaksanakan sekatan pergerakan bagi membendung kenaikan kes.

Kedua-dua penanda aras minyak itu susut 1% pada hari Khamis selepas OPEC dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+ bersetuju untuk melonggarkan pengurangan pengeluaran minyak kepada 9.7 juta tong sehari yang dilaksanakan awal tahun ini kepada 2 juta tong sehari mulai bulan Ogos.

Tetapi penambahan pengeluaran sebenar akan menghampiri 1.1 juta tong sehari kerana negara-negara seperti Iraq – yang menghasilkan lebih banyak berbanding dengan komitmen mereka untuk memotong bekalan pada bulan Mei hingga Julai – bersetuju untuk pengurangan yang lebih besar pada bulan Ogos dan September.

Vivek Dhar, penganalisis komoditi di Commonwealth Bank of Australia berkata, pasaran yakin dengan beberapa pihak untuk mengimbangi ketidakpatuhan sebelumnya terhadap komitmen pada saat ketidakpastian dalam pertumbuhan permintaan. – MalaysiaGazette