Beliau berkata, pihaknya pernah mencadangkan agar hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan bagi mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di negara ini.
“Sekiranya Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu yang membabitkan peningkatan jumlah denda dan tempoh hukuman penjara, saya amat mengalu-alukan,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan sumbangan kasut oleh Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd, di Bukit Aman di sini hari ini.
Wee berkata, pindaan juga mencadangkan mereka yang disabitkan kesalahan boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.
Pindaan akta itu dijadualkan dibentang pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung.
Terdahulu pada majlis berkenaan, Polis Diraja Malaysia menerima 60,000 pasang kasut dianggar bernilai RM3.6 juta daripada syarikat berkenaan.
Mengulas sumbangan itu, Abdul Hamid berkata kasut terbabit akan diagihkan kepada warga polis dan ahli keluarga mereka sebagai penghargaan kepada mereka yang bertugas memerangi penularan pandemik COVID-19.
Pihak Bata juga memaklumkan warga polis akan menikmati potongan sebanyak 20 peratus bagi sebarang pembelian kasut jenamanya di semua kedai syarikat itu di seluruh negara, katanya. – MalaysiaGazette