TERKINI : Budaya Kibar Jalur Gemilang Bermula Dari Sekolah-Sekolah – Santhara Kumar

Rakyat mempunyai pelbagai cara untuk menunjukkan semangat patriotik mereka terhadap negara sehingga ada yang mengibarkan Jalur Gemilang dalam hati masing-masing.

Bagaimanapun, semangat itu perlu disemarakkan dari hati secara terbuka dengan mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan dan identiti setiap warganegara Malaysia supaya berkibar di angkasa.