BANGI – Pasar raya milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew iaitu Elewsmart diserbu pengunjung sempena pembukaan rasmi di sini hari ini.
Terletak di Bandar Baru Bangi, orang ramai mula beratur seawal pukul 6.30 pagi hingga satu ketika barisannya telah melebihi satu kilometer walaupun dalam cuaca panas.
Malah ada pengunjung yang hadir pukul 8 pagi masih tidak dapat masuk ke dalam pasar raya itu walaupun sudah beratur selama empat jam.
Kehadiran pengunjung yang ramai memang sudah diduga bukan kerana nama Ebit Lew tular di laman sosial gara-gara sikapnya yang sering membantu orang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa.
Namun ribuan yang hadir hari ini disebabkan perniagaan terbaharunya itu selepas perunding latihan, penceramah, penulis buku, restoran dan kurta menjual barang dengan harga serendah 10 sen.
Harga yang ditawarkan Ebit memang sukar untuk ditandingi pasar raya lain walaupun promosi itu hanyalah bersempena dengan hari pembukaan sahaja.
Antara barang yang murah adalah ais krim Cornetto berharga 10 sen, air tin Nescafe (40 sen), susu pekat manis (70 sen) dan kicap cap Kipas Udang juga 70 sen.
Ebit yang ditemui melahirkan kesyukuran kerana cawangan pertama ELewsmart berjaya dibuka hari ini sebelum pembukaan cawangan kedua di Kajang esok.
Seterusnya beliau memberitahu lapan cawangan lain akan dibuka minggu seterusnya secara peringkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dahulu.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pengunjung mula beratur sejak pukul 6.30 pagi tadi. Elewsmart menjanjikan harga paling murah untuk masyarakat dan hari ini kami membuat promosi untuk hari pembukaan untuk 300 pelanggan terawal,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Pada majlis pembukaan, bapa Ebit iaitu Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau, 81, turut hadir menyerikan suasana sambil meninjau pasar raya anaknya itu.
Selain Bandar Baru Bangi dan Kajang, cawangan lain Elewsmart akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Setiap cawangan Elewsmart akan menyediakan ‘Food Bank’ khusus orang yang memerlukan dan mereka yang ingin menyumbang.
Ebit, 36, menjelaskan, tujuannya membuka pasar raya adalah kerana beliau berasa gembira dapat membantu orang yang memerlukan barangan yang murah.
“Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau untung hanya sedikit selain memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai,” katanya.
Sementara itu, hasil pemerhatian MalaysiaGazette mendapati kakitangan Elewsmart turut mementingkan operasi pematuhan standard (SOP) yang ketat biarpun pengunjung datang terlalu ramai.
Dalam pada itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew mula menjadi popular kerana kebaikannya mendekati golongan-golongan kurang berkemampuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan lalu.
Keprihatinannya mendapat pujian rakyat Malaysia apabila beliau memberi pertolongan tanpa memilih bangsa dan agama.
Pendakwah berketurunan Cina ini mula mendapat hidayah ketika berusia 12 tahun. Ketika kanak-kanak beliau pernah mengakui merupakan seorang murid yang nakal.
Namun, hari demi hari pintu hatinya mula terbuka untuk mengenal Islam dengan lebih dekat melalui salah seorang gurunya.
Pada saat itu, lulusan Universiti Putra Malaysia itu tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak seluruh ahli keluarganya untuk turut mendekati agama Islam.
Ebit juga adalah penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.- MalaysiaGazete
Adakah umno dan pas akan keluar fatwa dan panggil sprm?
Sham yg ko yu bodoh mcn dap tu knpa..? Ini lh mnusia klu dah hati busuk mcn puak2 dap hanat..mmg ko lyk di pggi mnusia bodoh anjing kurat dap..
Apa benda la so sham ni. Jangan tunjuk bodoh sangat, hati tu jangan terlalu hitam. Aku rasa si sham ni bangsa cina yang berhati busuk Dan hitam. Dia menyamar pakai nama sham, sudah-sudahlah wahai cina yang bodoh jangan rosakkan imej cina lain yang baik hati Dan ikhlas.