KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) masih berteka-teki dan enggan memberi bayangan tentang waktu yang sesuai untuk pihaknya mengadakan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, pihaknya belum berhasrat untuk berbuat demikian termasuk perbincangan mengenai kawasan dan kerusi yang akan ditandingi Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Buat masa ini, kita hanya membuatkan persiapan diri sendiri dahulu. Semua parti politik akan membuat persiapan sama iaitu melibat semula kawasan yang bakal ditandingi sama ada Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ketika ini, kita memang tumpukan kawasan yang kita nak tanding, malah kita pun dapat senarai nama telah dicadangkan sebagai calon dalam PRU15 akan datang.
“Hari ini bacaan kita PRU15 akan datang itu memang rakyat atau pengundi itu akan pilih bukan sahaja parti tapi calon adalah sangat penting.
“Apa yang kita buat adalah kelayakan calon itu termasuk kelayakan akademik, profesion dan publisiti terutamanya bolehkah calon itu diterima oleh rakyat atau komuniti di kawasan yang mereka nak bertanding,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, hari ini.
Sementara itu, sebagai persediaan awal bagi menghadapi PRU15, Gerakan katanya akan turun padang dan menjalankan kaji selidik dalam kawasan yang sudah dikenalpasti untuk ditandingi wakilnya.
“Untuk mencapai KPI yang telah kita tetapkan dalam objektif pemilihan calon itu, kita akan menghantar satu rombongan ke kawasan itu untuk membuat kaji selidik bersama rakyat untuk.
“Ia bagi mengetahui calon yang kita letak itu boleh diterima atau tidak oleh komuniti di kawasan yang kita bakal tandingi itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Oiii Dominic kau dah lupa apa yg kau maki melayu UMNO, melayu PAS… kau tinggalkan BN sambil mengutuk BN… kau tentang terang-terangan tulisan jawi… now kau nak balik Pulau Pinang… mmg dasar celaka bangsa kau nie…
Kepada Din Pagoh tak usahlah nak jumpa dengan Mamat ni! Dia ni specis talam dua muka?
Lebih baik fokus kepada parti2 Melayu dan Bumiputra Sabah & Sarawak yang ada!