KUALA LUMPUR – Pengarah, Nurhalim Ismail, 63, meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya, Selangor malam tadi, akibat kanser paru-paru tahap empat.
Nurhalim yang juga bekas Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya hari ini.
Pada 17 Jun lalu, Nurhalim dilaporkan selamat menjalani pembedahan berkaitan jantung di Hospital Serdang.
Anak sulung Nurhalim, Lia Juliana, 29, mengesahkan bapanya menghidap kanser paru-paru sejak minggu pertama Aidilftri lalu dan dirawat di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Ketika hayatnya, pengarah drama Di Halaman Rindu itu antara individu yang bertanggungjawab menubuhkan FDAM bersama Dr Mahadi J Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Anwardi Jamil, Kamal Ishak, Othman Zainuddin dan M Yusof Mohamad. – MalaysiaGazette