KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding di kerusi panas Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU15 akan datang mewakili Pakatan Harapan (PH) setelah penyandangnya kini Datuk Kamarudin Jaafar mewakili PKR telah melompat menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.
Ketua Amanah Amanah Bandar Tun Razak, Ir. Hayatul Kamil berkata, semua gerak kerja telah dilakukan untuk menghadapi PRU15 dan menarik penyokong terutamanya penduduk di sekitar Bandar Tun Razak melalui program-program menyantuni rakyat B40 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Beliau berkata, Amanah percaya dengan rekod semua Ahli Parlimennya yang menunjukkan prestasi baik dan berintegriti tidak melompat parti, ia boleh mendapat kepercayaan rakyat di Bandar Tun Razak untuk memberi undi yang lebih tinggi kepada PH terutama Amanah pada PRU akan datang.
Dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU14 yang lalu, Kamaruddin menang dengan 41,126
undi, menewaskan pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN), Adnan Seman (21,196 undi); dan
calon Pas, Dr Rosni Adam (7,884 undi). – MalaysiaGazette
Bahlol Amanah ni kan itu Kawasan PKR.