Selepas 8 hari, negara merekodkan kes kematian baharu ke-123 hari ini membabitkan seorang warganegara berusia 72 tahun di Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata setakat 12 tengahari ini sebanyak 15 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan baharu jangkitan pandemik itu di dalam negara.
Katanya, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 8,779 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 103 kes yang mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.