Home Politik UMNO dalam proses langsai semua hutang – Ku Nan

UMNO dalam proses langsai semua hutang – Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor

PUTRAJAYA – UMNO sedang dalam proses melunaskan segala bayaran dan hutang tertunggak parti kepada pihak lain termasuk gaji kakitangan dan vendor-vendor yang berurusan dengan mereka.

Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu  menggunakan wang RM192 juta milik parti yang dilepaskan Mahkamah pada 7 Februari lalu selepas dana berkenaan didapati bukan daripada hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apa yang kita hutang, kita akan bayarlah kerana kita minta balik duit itu kerana kita mempunyai hutang-hutang, jadi perlu dilunaskan,” katanya ketika ditanya pemberita selepas program Merdeka Community Bonding Semarakkan Patriotik Dalam Norma Baharu di Persint 14 anjuran Komuniti Penjawat Awam pagi ini.

Tambah beliau, hutang yang dianggarkan lebih RM59 juta itu tidak ada keperluan untuk diperincikan memandang ia dalam proses diselesaikan.

“Kita sebuah parti yang mempunyai struktur dan kita mempunyai banyak program untuk dilaksanakan.

“Selama ini kami terpaksa menggunakan pembiayaan apabila wang parti dibekukan dalam siasatan 1MDB serta dibicara di mahkamah. Kita terpaksa mencari sumber-sumber lain untuk membantu kelangsungan parti,” ujarnya.

Awal bulan ini UMNO telah menarik balik permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap CIMB Bank yang didakwa tidak melepaskan wang berjumlah RM192 juta seperti diperintahkan mahkamah.

Ini kerana, Mahkamah Tinggi pada Jun lalu menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan melepaskan wang terbabit selepas ia menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang yang disita agensi itu.

Pendakwaan yang mewakili SPRM dan kerajaan mendakwa wang itu diterima UMNO daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili UMNO selaku pemohon memberitahu Mahkamah Tinggi, pihaknya menerima arahan daripada anak guam untuk menarik balik permohonan prosiding menghina mahkamah terhadap CIMB.

Sementara itu, peguam CIMB berkata, wang berkenaan sudah dinyah beku pada 3 Julai lalu.

Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wang UMNO yang dibekukan oleh kerajaan dua tahun lalu, bukan daripada Najib yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Sehubungan itu,  mahkamah memerintahkan supaya semua akaun berkenaan dinyahbeku dan diserahkan kepada responden.

Kerajaan memohon untuk melucut hak wang UMNO berjumlah RM192.965 juta; daripada Wanita MCA berjumlah RM300,000; dan dua syarikat iaitu daripada Binsabi Sdn BhdRM827,250; dan daripada Perano Sdn Bhd RM337,634.78. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Thank God, at the end everything has become clear. All those media reports showing that money was a stolen property from the government by Najib were nonsense. Guys, now you can see of how media reports can be deceiving and perhaps dangerous to believe. The good guy can be portrayed as an evil and the devil as an angel. Right from this moment, please don’t believe everything you see on TV. At times, you need to pause and think to weigh things out. Don’t let the media control your mind. We should able to exercise our own free will. I feel happy for Najib and UMNO for getting back this huge some of money. Like all political parties in the world, UMNO too has its own problems, but I feel it is the best party in terms of its philosophy and policy. UMNO members are ethical in their speech, they can get along with non-Muslims in the country, they respect the constitution, the Agong and the Sultans, they can work with MCA, MIC, and with all other friendly parties in the peninsula as well as in Sabah and Sarawak. UMNO also practices the concept of Wasstiyyah (moderation) and shun terrorism and extremism. God is great, now UMNO and PAS are working together towards a better and an Islamic Malaysia without marginalizing the non-Muslims in the forward march towards peace, moderation and prosperity. May God save Malaysia and its beautiful people, ameen!

  2. Syukur Alhamdulillah kita ucapkan kepada Tuhan, akhirnya semuanya menjadi jelas. Semua laporan media yang menyatakan bahawa wang tersebut adalah harta kerajaan yang dicuri oleh Najib adalah tidak benar dan meleset sama sekali.Teman-teman sekalian, sekarang anda dapat melihat bagaimana laporan media boleh menipu dan mungkin berbahaya untuk dipercayai. Adakalanya orang baik boleh digambarkan sebagai jahat dan disebalik itu yang jahat lagi durjana sebagai malaikat. Mulai sekarang, jangan percaya semua yang anda lihat di TV. Kadang kala, anda perlu berhenti sejenak dan berfikir untuk menimbang apa benar atau tidak berita tersebut. Jangan biarkan media mengawal fikiran anda. Kita seharusnya dapat berfikir dan menilai untuk diri sendir. Saya berasa gembira bagi Najib dan UMNO kerana mendapat kembali sejumlah wang yang besar ini. Seperti semua parti politik di dunia, UMNO juga mempunyai masalahnya tersendiri, tetapi saya merasakan ia adalah parti terbaik dari segi falsafah dan dasarnya. Ahli-ahli UMNO beretika dalam ucapannya, mereka boleh bergaul dengan orang bukan Islam di negara ini, mereka menghormati perlembagaan, Agong dan Sultan, mereka boleh bekerjasama dengan MCA, MIC, dan dengan semua parti lain yang mesra dengannya di semenanjung dan maupun di Sabah dan Sarawak. UMNO juga mengamalkan konsep Wasstiyyah (kesederhanaan) dan memusuhi segala bentuk keganasan dan ekstremisme di dalam dan luar negara. Tuhan itu Maha Agung, sekarang UMNO dan PAS dapat bekerjasama ke arah penubuhan sebuah Malaysia yang lebih baik dan Islamik tanpa meminggirkan orang bukan Islam dalam perjalanannya menuju menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Semoga Tuhan menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya dari semua jenis fahaman dan falsafah hidup yang mendatangkan bahaya, perpecahan dan kemunduran, ameen!

  3. Well said, but damage was done… nevertheless it reveal the unspoken, everybody is dispensable and future demand us to unite, remember the meaning of United Malay … “ingat kisan jiran yg Islam dan jiran yg bukan Islam… “

Comments are closed.