KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Fasa Ketiga kepada 4.28 juta penerima akan dilaksanakan mulai Jumaat ini, 24 Julai 2020.
Kementerian Kewangan berkata, peruntukan bayaran bagi fasa ini adalah sebanyak RM3.0 bilion.
Bayaran itu melibatkan 3.75 juta isi rumah dan 53,000 orang bujang (40-59 tahun).
Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.
Katanya, isi rumah pendapatan bawah RM2,000 akan menerima RM600 dan bujang RM400.
Manakala isi rumah berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000 pula menerima RM350 dan RM3,001 hingga RM4,000 pula menerima RM100.
Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.
Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah.
Secara ringkasnya, sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada Fasa Pertama (Januari 2020), RM200 pada Fasa Kedua (Mac 2020) dan RM1,080 pada Fasa Ketiga (Julai 2020).
Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.
Kementerian Kewangan berkata, dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC). – MalaysiaGazette
Rakyat M’sia bertrima kasih kpd kmntrian kewngn M’sia,begitu juga x di lupakn kpd PM tn sri Muhiyuddin Yasin.. di atas keperihatinan belau,meskipun bajet Rm ini belum di bincangkn, ya, rkyat ramai yg kehilangn kerjya masing2lebih kurang 850.000 ribu,sejak pandemik covid 19,bahkn seluruh dunia warga dunia hilang mata pencarian mereka,jasamu(PN)akan di kenang oleh ramai warga M’sia,kalau nak tunggu di bahaskn terlebih dahulu jwbnya kebulurlah rkyat M’sia…..bincanglah k’mudian tak salah kann,rkyat M’sia sdg nyawa2 ikan pun nak tunggu bahas dulu ka?… Akai tarak ka?… Bagai telor di hujung tanduk… Yb2dto’2mentri2 ada incame tiap2 bulan, warga M’sia yg hilang pencarian hariannya bagaimna?bisnes pun org kurang berani nak dtg makan kat luar…jual buah2an pun x berapa jln,,,,upah cuci cliner rumah org pun x boleh prgi umah org risau covid 19 cuba renung nasib warga M’sia sama l,, jgn samakn dgn yb2 tu,,,kami di klntan di gesa oleh yb2 klntan minumlah,mandi,cuci pakaian
Basuk najis dgn air kelodak sg klntan sdngkn yb2 bersenang lenang dgn Rm 400juta wang dri krjaan pusat(ph)dulu,…rkyat bukan x do akai, awass pru@prk nanti jgn pura alpa pula kutt, kalau nak hilang jwatan ulangi buat mcm tun m tuuu, akhlaknya rkyat dah tahu faham, elokla tun m tu jdi PM MENTOR mcm Lim Kuan You Singapore tuu kan bagus &sesuai utknya, dok tamak pujuk krjaan PN bgila cikit peluang kpd dto’Mukhlis jdi calon &TPM,, itu yg rkyat M’sia dah terang lagi bersuluh…masukla bertnding pru,parti PUTRA tuu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam itu shj mudah kan M’sia kan demokrasi…..ok la.