Bayi Perempuan Ditemui Dalam Kotak Air Mineral | EDISI MG 20 Julai 2020

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada pukul 7 pagi.

“Tiada sebarang dokumen atau barangan milik bayi ditemui dan bayi tersebut dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.