KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural para pemimpin negara di Shah Alam adalah satu perbuatan biadap.
Baginda yang murka dan sangat dukacita dengan perbuatan vandalisme itu berpandangan kejadian tersebut bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak nakal tetapi lebih bermotifkan politik kebencian.
Baginda juga berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.
“Apatah lagi, Baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya,” demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Alam Shah hari ini.
Mural di dinding di sebuah bangunan dekat Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam musnah akibat perbuatan vandalisme kurang dua minggu ia dilukis.
Perbuatan yang dilakukan sekitar tengah malam tadi itu, dicemari dengan beberapa perkataan kesat, ditulis berhampiran wajah pemimpin negara seperti Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan. – MalaysiaGazette
Betul tu baginda Sultan, ianya lebih bermotifkan politik kebencian. Mereka mungkin juga mengupah orang gila untuk membuat kerja2 vandalisma tersebut!
Harap pihak polis jangan berlengah!
Ianya semacam berkoordinasi dengan isu menghina jata negara dan meletakkan lambang negara didalam kasut!
Pelaku ini pasti akan ditangkap tak lama lagi,tunggu n lihat saja