Home Dunia Raja Salman dikejarkan ke hospital

Raja Salman dikejarkan ke hospital

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud

RIYADH – Raja Salman bin Abdulaziz, telah dimasukkan ke hospital di ibu kota Riyadh kerana mengalami radang pundi hempedu, kata agensi berita negara SPA.

Beliau yang berusia 84 tahun sedang menjalani pemeriksaan perubatan.

Tetapi SPA tidak memberi perincian mengenai keadaannya. – MalaysiaGazette