TERKINI : Aiman Afif Tercabar Dengan Kehadiran Wan Kuzri

Mohd Aiman Afif Afizul, 19, mengakui dia tercabar dengan kehadiran Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal ke dalam skuad Harimau Muda bawah 19 tahun menjelang kejohanan Piala Konfederasi Asia bawah-19 di Uzbekistan.

Bagaimanapun katanya, kehadiran perancang tengah yang pernah beraksi salah sebuah kelab Liga di Amerika Syarikat itu akan memberi persaingan sihat untuk diri dan rakan-rakan sepasukan lain untuk memantapkan lagi prestasi skuad.