Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak termasuk individu, keluarga mahu pun masyarakat supaya sentiasa menasihati antara satu sama lain supaya terus mengamalkan langkah pencegahan Covid-19.
Tegasnya, di bawah fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setiap individu, keluarga dan masyarakat berperanan sebagai petugas hadapan.
“Ibu-bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah.
Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain- lain. Ingatkan mereka setiap hari.