TERKINI : TOLONG LAH… Along Tengah Cari Saya, Rantai Emas Isteri Saya Dah Gadai – Peniaga Bazar

Seorang peniaga Bazar Malam Seksyen 9, Bangi memajak emas pusaka untuk sewa tapak dan modal perniagaan tetapi malangnya masih tidak dibenarkan berniaga di tapak berkenaan.

Berbekalkan semangat yang hampir luntur kerana tempoh lesen hampir tamat 10 hari lagi, Mohd Asri Zakaria meluahkan rasa tertekan dan kecewa apabila dimaklumkan Majlis Perbandaran Daerah Kajang (MPKj) tapak itu masih belum boleh dibuka.

“Di mana keprihatinan Menteri Besar, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor dan MPKj yang kata mahu menjaga hak rakyat, hak kami sudah terbukti ditindas dalam isu ini.

“Bayangkan sudahlah saya terpaksa bergolok gadai, sifar pendapatan pula sepanjang tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini tinggal 10 hari sahaja lagi lesen untuk kami berniaga.