KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menafikan makluman bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang tular pada hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multi Media.
Poster mengenai perutusan khas itu yang tular itu mendakwa pengumuman akan dibuat jam 3 petang ini menerusi beberapa stesen televisyen. – MalaysiaGazette