Home Ekonomi VW panggil semula model 2011-2015

VW panggil semula model 2011-2015

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memanggil semula beberapa model antara tahun 2011 dan 2015 bagi menangani isu tekanan hidraulik dalam dual kotak gear tujuh kelajuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, VPCM berkata, sebanyak 12,732 kenderaan Volkswagen telah dikenal pasti menjalani pemeriksaan untuk dipanggil semula.

Model tersebut adalah Beetle, Cross Touran, Golf (Mk6 dan Mk7), Jetta, Passat (B7), Passat CC, Polo (6R) dan Scirocco.

Menurutnya, panggilan semula itu tidak membabitkan model Volkswagen yang dihasilkan dari 2016 dan seterusnya.

Pelanggan yang terjejas akan dipanggil menerusi surat-menyurat. – MalaysiaGazette