
KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini.
Menurut satu kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini, tarikh itu sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 Masehi.
“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31 Julai 2020 Masehi,” menurut kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette