Kerajaan sedang meneliti beberapa pendekatan dengan beberapa bank tempatan untuk membantu golongan sasar, selepas tempoh moratorium pinjaman bank berakhir September ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, lanjutan moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman oleh bank tempatan masih lagi dalam perbincangan.