Pandemik yang melanda sejak dari awal tahun ini serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu tidak memberi kesan terhadap kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, agensi itu mengutip zakat sebanyak RM357 juta berbanding RM328.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.