Home Dunia AS arah pejabat Konsulat China di Houston ditutup

AS arah pejabat Konsulat China di Houston ditutup

HOUSTAN, Texas- Amerika Syarikat mengarahkan China untuk menutup pejabat konsulatnya di Houstan dekat sini sebelum Jumaat ini dalam satu langkah yang dianggap Beijing sebagai satu “provokasi politik.”

Menurut Jabatan Negara AS, keputusan itu diambil “untuk melindungi harta intelek rakyat Amerika.”

“Kami telah mengarahkan penutupan pejabat Konsulat Besar China di Houston sebagai langkah melindungi harta intelek rakyat Amerika serta maklumat sulit AS,” kata jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus.

Tambahnya, AS tidak akan bertoleransi terhadap pelanggaran kedaulatan oleh China dan intimidasi terhadap rakyat negaranya.

Mereka juga tidak boleh bertolak ansur dengan amalan perdagangan yang tidak adil, mencuri pekerjaan rakyat Amerika serta perbuatan-perbuatan buruk yang lain.

Bagaimanapun jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menganggap keputusan AS itu sebagai sesuatu yang keterlaluan dan tidak adil.

Beberapa jam selepas pentadbiran Trump memaklumkan kerajaan China berhubung keputusan tersebut, asap kelihatan dari kawasan perkarangan bangunan konsulat.

Dipercayai para petugas kedutaan sedang membakar dokumen-dokumen ke dalam tong.

Pertelingkahan di antara AS dan China telah berlaku sejak sekian lama.

Pentadbiran Trump telah beberapa kali bertelagah dengan Beijing berhubung isu perdagangan dan pandemik Covid-19.

Selain itu, China juga turut melaksanakan dasar baharu yang kontroversi iaitu undang-undang keselamatan terhadap Hong Kong.

Pada Selasa, Jabatan Kehakiman AS menuduh China menaja penggodam-penggodam yang mensasarkan makmal-makmal pembangunan vaksin Covid-19.

Ia juga mendakwa dua rakyat China yang dikatakan telah menjadi perisik di syarikat-syarikat penyelidikan AS serta mendapatkan bantuan daripada perisik-perisik China yang lain untuk mencuri.- Agensi