Home Nasional Guan Eng sudah lima jam beri keterangan di SPRM

Guan Eng sudah lima jam beri keterangan di SPRM

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya bagi memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2020

PUTRAJAYA – Soal siasat Suruhanjaya Pencegahannya Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah memasuki jam kelima.

Guan Eng yang memasuki perkarangan SPRM jam 1.05 petang itu hadir untuk siasatan berhubung projek terowong bawah tanah.

Setiausaha Agung DAP itu hadir dengan menaiki Toyota Velfire berwarna putih sebelum itu dikehendaki menjalani ujian saringan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki bangunan tersebut.

Ahli Parlimen Bagan itu dipanggil selepas beberapa pemimpin dan bekas pemimpin negeri Pulau Pinang dipanggil oleh SPRM untuk siasatan kes projek tersebut.

Guan Eng tiba di SPRM pada jam 1 petang dan memasuki bangunan suruhanjaya tersebut lima minit kemudian.

Beliau ditemani ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer di SPRM.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.

Julai lalu, SPRM berkata, kertas siasatan bagi kes bernilai RM6.3 bilion itu sudah berada di peringkat akhir dan hanya memerlukan dua atau tiga minggu lalu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Untuk rekod, SPRM telah menyoal siasat beberapa pegawai kerajaan negeri, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Exco-exconya. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.