Home Utama Lim Guan Eng dipanggil SPRM

Lim Guan Eng dipanggil SPRM

Lim Guan Eng berjalan menuju masuk ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng telah tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 1 petang tadi.

Bekas Menteri Kewangan itu hadir untuk siasatan berhubung projek terowong bawah tanah, menurut sumber-sumber SPRM.

Beliau datang menaiki kenderaan berwarna putih, disaring suhu badan sebelum memasuki bangunan tersebut.

Guan Eng dipanggil selepas beberapa pemimpin dan bekas pemimpin negeri Pulau Pinang dipanggil oleh SPRM untuk siasatan kes projek tersebut.

Sehingga kini, SPRM telah menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Manakala tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan ke atas projek bernilai RM6.3 bilion itu tertumpu kepada pengubahan wang haram dan menjangkakan siasatan kes selesai dalam dua hingga tiga minggu.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.

Projek terowong bawah laut dengan tiga jalan utama bernilai RM6.3 bilion diperuntukkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan di jambatan pertama.

Terowong bawah laut sepanjang 7.2 kilometer itu akan menghubungkan Jalan Pangkor Pulau Tikus dan Bagan Ajam di Butterworth.

Projek itu dijangka dimulakan pada tahun 2023. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Terlalu banyak perkara2 misteri dan luar biasa dalam projek LGE ini?

    Kos feasibility study yang beharga ratusan jutaan ringgit untuk projek ciput ini sahaja sudah mengundang seribu persoalan!

  2. Hidup org politik di kelilingi rasuah, tamak, dan 3TA. Siasat, siasat dan siasat tanpa henti dan akhirnya free go.. free go.. Klu d Hollywood saman menyaman sbb cerai berai bagi menuntut wang nafkah, di Malaysia jugak sudah jadi satu trend..menuntut nafkah drp siapa?

Comments are closed.