Home Ekonomi LSE sahkan Jalil Rasheed bukan graduannya

LSE sahkan Jalil Rasheed bukan graduannya

Jalil Rasheed

KUALA LUMPUR – London School of Economics and Political Science (LSE) mengesahkan ijazah ekonomi dari University of London (UoL) tidak sama dengan dengan ijazahnya.

Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Perundangan LSE, Kevin Haynes.

“Kami tidak menganggap lulusan UoL adalah lulusan LSE,” Haynes menjawab dalam emel bertarikh 1 Julai,” katanya yang menjawab pertanyaan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC), seperti yang dilaporkan oleh theedgemarkets.com.

Kenyataan ini menjelaskan bahawa bekas bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed bukan graduan LSE sebaliknya adalah dari UoL, walaupun kedua-dua pusat pengajian tinggi itu menjalinkan kerjasama.

Chris Kendrick, Ketua Alumni dan Penglibatan Sokongan  LSE, telah meminta SC berhubung dengan Haynes.

“Memandangkan sejumlah pertanyaan telah dilakukan kepada individu-individu yang berlainan di LSE, untuk kemudahan koordinasi, mohon anda mengarahkan pertanyaan lebih lanjut mengenai hal ini kepada ketua pasukan undang-undang kami, Kevin Haynes,” kata Kendrick menerusi emel kepada SC .

Tanggapan ini timbul kerana sebelum penjelasan ini, emel dari Penolong Pengarah Eksekutif LSE, Leda Cosentino, telah menggambarkan ijazah dari UoL yang ada kaitan dengan LSE, boleh disebut secara tepat sebagai ijazah dari LSE.

Based on our inquiries with the London School of Economics and Political Science (LSE), the emails confirming he (Jalil) is an LSE graduate referred to in your question have been clarified subsequently by LSE as inaccurate.”

Walau bagaimanapun, perkara itu telah diperbetulkan.

Jurucakap SC berkata, “Berdasarkan pertanyaan kami kepada LSE, emel yang  mengesahkan bahawa Jalil adalah lulusan LSE merujuk kepada pertanyaan anda telah diperjelaskan oleh LSE sebagai tidak tepat.”

Sebelum ini tercetus mengenai kelayakan akademik Jalil yang menyebabkan beliau perlu melepaskan jawatannya sebagai peneraju PNB.

Jalil, 39, menerajui PNB pada 1 Oktober 2019.

PNB ketika mengesahkan pelantikan Jalil dalam satu kenyataan tahun lalu berkata, pelantikan Jalil itu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif paling muda dalam sejarah PNB sejak ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Berdasarkan maklumat profail PNB, Jalil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari LSE, United Kingdom.

Kenyataan itu adalah sama sebagaimana siaran media mengenai pelantikan Jalil sebagai peneraju baharu PNB pada 28 Ogos 2019.

Maklumat yang sama turut dinyatakan dalam profail Jalil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Prolintas dan Sapura Energy Berhad.

Bagaimanapun, difahamkan, Jalil disahkan telah mengikuti pengajian sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di UoL dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.

Dalam sijil tersebut tertera UoL adalah sekutu dengan LSE.

Malah, profail akademik dalam biografinya di Invesco turut menyatakan beliau mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan dan Kewangan, LSE.

Jalil pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif operasi Asia Selatan di syarikat Invesco, sebuah firma pelaburan global utama yang mengurus lebih AS$1.2 trilion (RM5.05 trilion) dalam pelbagai kelas aset pelaburan di lebih 25 negara.

PNB yang merupakan pemilik kepada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada tahun lalu memiliki aset di bawah pengurusannya sebanyak RM312.0 bilion, melebihi tanda aras RM300 bilion, dengan unit-unit dalam edaran meningkat kepada 7.3% mencapai hampir 254 bilion pada tahun 2019.

Organisasi pelaburan dunia ini jugak telah mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam bentuk pengagihan pendapatan dan bonus kepada pemegang unitnya pada tahun kajian, mencapai jumlah keseluruhan agihan pendapatan sebanyak RM200 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bukan sejarah pegawai ternuda, tetapi sejarah memalukan negara yang telah dicetuskan oleh PH, teringat cerita Catch Me If You Can, leonardo menipu sijil doktor.

Comments are closed.