Home Nasional Objek serupa bom ditemui di tempat pembuangan sampah

Objek serupa bom ditemui di tempat pembuangan sampah

Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Satu objek menyerupai bom ditemui oleh orang awam di tempat pembuangan sampah di Bukit Sentosa, dekat sini, tengah hari tadi.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah memanggil forensik Bukit Aman bersama unit bom ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, objek itu telah dipindahkan ke kawasan selamat untuk dimusnahkan.

Malah katanya, hasil siasatan awal polis dipercayai ‘dummy’ untuk latihan.

Menurutnya, kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 03 2297 9222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette