KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menggunakan stereotaip kaum mengundang pertikaian beberapa Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.
Ia terjadi setelah Azmin bercakap mengenai insentif yang diberikan oleh kerajaan bagi pembelian kenderaan.
Beliau menggunakan contoh Mak Cik Kiah yang membeli kereta jenis Perodua Myvi manakala Encik Hong pula membeli kereta berjenama Mercedes Benz S560.
Perkara itu telah dianggap stereotaip apabila ia seolah-olah membandingkan taraf antara kaum Melayu dan Cina.
Ahli Parlimen (Shah Alam-PH), Khalid Abdul Samad bingkas dari tempat duduknya dengan mempersoalkan kenyataan Azmin itu sambil berkata: “Ini racial streotyping”.
Azmin kemudiannya dibela Ahli Parlimen (Baling-BN), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang bangun mencelah dengan berkata, ‘Khalid rasis’ dipercayai merujuk kepada bekas menteri Wilayah Persekutuan itu yang cuba menganggap kenyatan Azmin itu dengan maksud yang lain.
Bagaimanapun Azmin mempertahankan kenyataannya itu meskipun ada dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang yang tidak bersetuju dengan contoh yang digunakan.
Azmin kemudiannya menukar contoh dengan sindiran apabila mengatakan “Saya sebut tadi sebagai satu contoh. Saya boleh tukar, satu lagi contoh sekiranya Encik Khalid guna Mercedes-Benz.
Contoh yang diberikan Azmin itu kemudiannya mengundang rasa geli hati anggota Parlimen lain menyebabkan mereka tertawa.
Khalid dilihat membalas sindiran itu dengan mengatakan Azmin sepatutnya menggunakan istilah “YB” dan bukannya “encik” bagi menunjukkan statusnya sebagai seorang Yang Berhormat.
Pertikaian itu akhirnya diredakan oleh Ahli Parlimen (Serdang-PH), Ong Kian Ming apabila meminta bahawa Azmin tidak sewajarnya menggunakan sesuatu yang berunsur stereotaip kerana ia memberi gambaran yang kurang tepat. – MalaysiaGazette
Bende2 YB ke bukan YB ke yang tiada faedah seperti ini, menghina speaker, menjerit2 seperti monyet, bersikap kebudak2an tak usahlah dibiarkan!
Ianya hanya membuang masa parlimen dan membazir wang rakyat!
Kasihan pada rakyat Shah Alam di bawah jagaannya, boleh dikatakan isu2 yg dibangkitkan oleh ‘YB’ Khalid di parlimen tidak mendatangkan faedah langsung pada rakyat Shah Alam.
tunggu…
ALLAH nak tarik balik nanti “anytime”,
guna dan sombonglah dengan pangkat dunia yg ko ada,
xlama mana pun bleh dibanggakan dengan pangkat ko tu,
jangan pernah lupa adaNYA Yang Maha Berkuasa.
ACAH NAK YB…. PHUIHHHH… MASE MATI NNTI XDE ORANG NAK PNDNA YB KAU, MSE TUE BARU KAU THU MNE STATUS YB YG KAU AGUNG KAN TUE. PANGKAT YB XDE GUNA KALAU X TLONG RAKYAT. KERJA NAK MENGENYANGKAN PERUT SENDIRI
BETUL DIA YB..KENAPA PANGGIL ENCIK.TAK TAHU HORMATKAH,..INGAT SENANG KA NAK DAPAT YB MACAM DIA.DALAM NEGARA NI DIA JER ADA GELARAN HEBAT TERSEBUT..”YANG BONGOK KHALID SAMAD”..
Dalam sidang parlimen mana boleh guna perumpamaan ahli dewan, sebab tu dia guna bahasa Encik Khalid, maksudnya orang lain lah tu, yang kau terasa kenapa?