Home Ekonomi Stok bertambah, harga minyak jatuh

Stok bertambah, harga minyak jatuh

SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini selepas data industri menunjukkan peningkatan inventori lebih besar daripada yang dijangkakan di Amerika Syarikat (AS) ketika kes-kes koronavirus terus meningkat, berpotensi menjejaskan permintaan pengguna minyak terbesar di dunia.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak mentah AS meningkat minggu lalu sebanyak 7.5 juta tong berbanding jangkaan untuk memperoleh 2.1 juta tong.

Minyak mentah Brent turun AS$0.32 atau 0.7%, kepada AS$ 44 setong pada 0156 GMT dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS. turun AS$0.33 atau 0.8%, kepada AS$ 41.59.

Harga minyak naik sekitar AS$ 1 pada hari sebelumnya, mencapai paras tertinggi sejak 6 Mac.

Trend kenaikan minyak terhenti selepas API menunjukkan stok minyak meningkat dengan ketara dan Presiden Donald Trump pula memberi amaran pandemik koronavirus di AS semakin buruk,’ kata Edward Moya, penganalisis dari ONDA, New York.

“Prospek permintaan minyak mentah baharu sahaja mendapat dua kali pukulan hebat dalam kenaikan stok terbesar sejak akhir Mei, jika disahkan oleh laporan Pentadbir Maklumat Tenaga AS (EIA) esok dan tentang taklimat virus oleh Trump,” katanya.

EIA akan mengumumkan data inventori minyak pada hari Rabu. – MalaysiaGazette