Salah seorang Ahli Parlimen bebas, Dr Maszlee Malik berkata kesemua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun blok pembangkang.
Malah katanya, kesemua Ahli Parlimen yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di blok bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti mahupun individu.
“Seperti mana yang dinyatakan Tun M, kami adalah di blok bebas, kami tidak berada bersama kerajaan dan tidak bersama PH, yang bersama kami ialah Warisan, UPKO, dan Parti Sarawak Bersatu (PSB),” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Ado den kisah ?!!