TERKINI : SPR Akan Tambah Baik Garis Panduan Pencegahan Covid19

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyediakan satu garis panduan pencegahan Covid-19 baharu yang ditambahbaik selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini baru-baru ini.

Garis panduan berkenaan kata Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom akan dikuatkuasakan pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos nanti.