Home Sukan West Brom kembali ke kancah EPL

West Brom kembali ke kancah EPL

West Brom kembali ke kancah EPL selepas tiga tahun meraikan di dalam stadium tertutup tanpa penyokong.

LONDON – Selepas tiga musim, West Brom Albion akhirnya kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris musim 2020/21 kali ini.

Pasukan itu berjaya melayakkan diri untuk meraksi dalam EPL musim hadapan selepas terikat seri 2-2 dengan pesaing terdekatnya Queen Park Rangers dalam Liga Kejuaraan malam tadi.

Pasukan itu sedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan kembali ke EPL bersama penyokongnya da terpaksa diraikan di dalam stadium tertutup.

Kedua-dua gol penyamaan West Brom hadir menerusi Diangana dan Robinson pada minit ke-44 dan 49.

West Brom adalah pasukan kedua yang layak selepas Leeds United.

Para penyokong tidak dibenarkan berhimpun di kawasan stadium akibat ancaman pandemik Covid-19.

Di sebalik amaran dilarang berhimpun di sekitar kawasan stadium, penyokong West Brom mengingkar arahan itu untuk meriakan kegembiraan masing-masing dengan membunyikan hon kereta serta menyalakan suar biru di hadapan pintu masuk stadium.

Ia merupakan musim pertama untuk pengurusnya, Slavan Bilic mengendalikan pasukan itu dan teruja berjaya membawa kembali pasukannya ke kancah EPL.-MalaysiaGazette