Home Ekonomi Modal pasaran Malaysia hampir atasi Singapura

Modal pasaran Malaysia hampir atasi Singapura

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Modal pasaran Malaysia telah melonjak 41% sejak merekodkan paras terendah hingga mencecah AS$379 bilion pada Mac lalu selepas pandemik Covid-19 melonjakkan permintaan sarung tangan perubatan dan saham pengeluarnya.

Lonjakkan ini meletakkan pasaran Malaysia kurang AS$4 bilion untuk mengatasi modal pasaran Singapura untuk pertama kalinya dalam lebih tempoh lebih dari 16 tahun, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

”Ini adalah gambaran relatif kedua-dua ekonomi dan perbezaan ini berlarutan untuk sementara waktu,” kata Nirgunan Tiruchelvam, Ketua Penyelidikan Ekuiti Pengguna di Tellimer.

Malaysia mempunyai industri pembuatan bersepadu seperti pembuat sarung tangan,” sementara ekonomi Singapura berdasarkan kewangan dan harta tanah, tambahnya.

Pandemik ini telah merombak saham terbesar di Asia dengan syarikat teknologi dan kesihatan untuk berkembang lebih besar dari sebelumnya.

Pasaran Singapura kehilangan AS$113 bilion tahun ini ketika mengalami kemerosotan dalam perdagangan global, pasaran modal Malaysia pula bangkit kembali kerana keuntungan besar dalam saham sarung tangan.

Hakikatnya, Top Glove Corp pada hari Khamis mengatasi Public Bank Bhd untuk menjadi saham kedua paling berharga pada penanda aras ekuiti Malaysia, selepas sahamnya melonjak lebih 440%.

Manakala pengeluar sarung tangan Supermax Corp telah melonjak lebih dari 1,100% tahun ini.

Kenaikan dalam sektor ini telah mengubah nasib pasaran saham paling buruk tahun lalu di Asia.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI adalah satu-satunya penanda aras saham di Asia Tenggara yang telah menghapus kerugian yang dibuat pada tahun 2020. – MalaysiaGazette