Home Nasional Mohd Sidek pimpin EAIC

Mohd Sidek pimpin EAIC

Mohd Sidek Hassan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, A-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah perkenan pelantikan empat anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya
Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Empat anggota itu ialah Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Tan Sri Datuk Zainun Ali, Datuk John Louis O’hara dan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan mereka untuk tempoh tiga tahun itu selaras dengan subseksyen 5 (1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Pelantikan ini akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti dan efektif dalam kalangan pegawai penguatkuasa dan agensi penguatkuasaan. – MalaysiaGazette