TERKINI : Mohon ‘ADUN Sri Tanjung’ Tarik Balik Kenyataan dan Mohon Maaf – Bekas AMK Port Dickson

Bekas Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK) Port Dickson, Amirudin Abdul Wahab memberikan tempoh 14 hari kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, M Ravi untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

Amirudin berkata beliau tidak menerima sebarang surat pemecatan sebagai ahli PKR oleh Biro Disiplin parti dan hanya mengumumkan keluar parti pada 11 Julai lalu.