Home Dunia Thailand sedia Bt600 juta untuk beli vaksin Covid-19

Thailand sedia Bt600 juta untuk beli vaksin Covid-19

Gambar hiasan.

BANGKOK – Kerajaan Thailand Pemerintah merancang untuk membelanjakan Bt600 juta (RM80.5 juta) untuk membeli vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford.

Bekas Menteri Kesihatan Thailand telah menghubungi Oxford mengenai kemungkinan pembelian itu, walaupun negara-negara lain termasuk Korea Selatan berusaha melakukan usaha yang sama, kata Timbalan Menteri Kesihatan Sathit Pitutecha.

Minggu ini, Universiti Oxford melaporkan bahawa vaksin prototaipnya telah memberi tindak balas imun yang kuat pada manusia.

Penjualan komersial vaksin itu dijangka dimulakan pada akhir tahun ini.

Program vaksin Covid-19 oleh Universiti Chulalongkorn, telah berjaya melakukan ujian ke atas monyet dan berharap dapat mengeluarkan vaksin tersebut pada pertengahan 2021.

“Kami tidak boleh hidup dalam keadaan panik. Sistem kesihatan awam kita sudah siap sedia.

“Perkara penting mengawal penularan sehingga vaksin dibangunkan,” katanya sambil memaklumkan kes jangkitan domestik sekarang adalah sifa ketika keadaan di negara lain tetap serius.

Namun, Thailand perlu membuka semula sempadan untuk merangsang ekonomi, jadi pelancong dari negara berisiko rendah dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke Thailand.

Sathit juga mengakui negara itu terjejas yang disebabkan oleh seorang askar Mesir yang dijangkiti Covid-19 di Rayong tetapi mengatakan masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat dan keyakinan kembali pulih.

Rayong kini 99% selamat untuk dilawat dan 100% selamat jika tiada kes tempatan dalam tempoh 14 hari lagi.

Askar Mesir itu dijangkiti awal bulan ini setelah mengunjungi pusat membeli-belah Rayong yang sibuk. – MalaysiaGazette